PROJEK



PROJEK-PROJEK PENGUBAHSUAIAN MOTOSIKAL YANG DI LAKUKAN OLEH BIKERS SMMG DARI MUAR




GHOST BIKE



Ini adalah motorsikal jenama BSA yang telah berusia lebih dari 50 tahun.
Motor ini juga telah 20 tahun enjinnya tak pernah di hidupkan lagi.
Juga, semasa motor ini di temui, bodynya telah di cerai-beraikan. Namun dengan
sentuhan tangan bro apit kita, BSA ini bukan saja telah dapat di hidupkan
kembali enjinnya, bahkan ia sudah boleh di tunggangi. Kini apa yang perlu
bro apit lakukan hanyalah untuk menyempurnakan atau mengemaskan
lagi bentuk rupa BSA ini.





SKULL BOBBER





Ini satu lagi projek yang sedang bro apit usahakan. Ini adalah
bobber springer yang dalam pembikinan. Bro apit cuba merealisasikan
bobber ini dengan mengunakan enjin motosikal HONDA WAVE 100.
Oleh kerana kekurang peralatan dari bengkelnya, mungkin bobber ini
mengambil masa yang lama untuk di siapkan. Namun kita sama-sama
tunggu hasilnya nanti.




JAGUH SCRAMBLER

Ini pula projek dari bro aris. Motorsikal JAGUH yang di ubah suai
untuk menjadi sebuah motorsikal scrambler.

Hasilnya.





Inilah hasil kerja keras bro aris. Sememangnya Jaguh ini dah
lari terus dari bentuk asalnya dan identiti MODENAS JAGUH.